Inovasi Sprite Terkini di Malaysia, Sprite® Lemon+ Menyatukan Kesegaran Lemon dengan Tenaga Vitamin B3
Kuala Lumpur, 17 Ogos 2023 – Coca‑Cola Malaysia menjemput rakyat Malaysia ke satu pengalaman yang menyegarkan dengan pelancaran inovasi terbarunya di bawah portfolio Sprite, iaitu Sprite Lemon+ Zero Sugar. Dengan menyatukan perisa ikonik Sprite dan kesegaran buah lemon serta tenaga vitamin B3, pelancaran berkenaan selari dengan Kempen ‘Heat Happens, Think Zesty’, platform jenama global Coca‑Cola yang pertama.
Dengan itu, Malaysia menyertai antara beberapa pasaran yang pertama untuk mencuba inovasi terkini, Sprite Lemon+ Zero Sugar oleh Coca‑Cola Malaysia. Varian terbaharu ini melonjakkan lagi sensasi kesegaran ke aras yang lebih tinggi, dengan cetusan soda lemon serta vitamin B3 tambahan. Ia merupakan pilihan yang tepat untuk semua, sebagai peniup semangat yang menyegarkan tatkala kita menghadapi cabaran harian.
Berkongsi keterujaannya, Rina Surya, Frontline Marketing Director, Coca‑Cola berkata, “Sprite sentiasa menjadi sumber kesegaran harian yang popular dalam kalangan peminat dan pengguna di seluruh dunia. Kini, pengenalan Sprite Lemon+ Zero Sugar akan melonjakkan lagi sensasi kesegaran ke aras yang lebih tinggi, serta menggalakkan orang ramai untuk kekal tenang dan sentiasa menjuarai kehidupan mereka.”
Kempen ‘Heat Happens, Think Zesty’ menyasarkan Generasi Z dan pekerja pejabat yang sedang mencari semangat dan inspirasi bagi menghadapi tekanan seharian mereka – tidak kira dalam menghadapi pelajaran ataupun mencapai keseimbangan antara kerja dan kehidupan. Sprite Lemon+ Zero Sugar disemarakkan lagi dengan tenaga vitamin B3, sekali gus menjadi satu pilihan yang ideal ketika berehat atau melapangkan fikiran.
Semasa kemuncak acara pelancaran itu yang berlangsung di Kedai Flagship 7-Eleven, Bandar Puteri Puchong, Daniel Cheang dan Izzrin Irfan – dua penerbit kandungan gaya hidup serta pempengaruh media sosial yang popular, telah memberi satu sesi “pep-talk” yang unik kepada semua penonton. Dengan gaya yang bersahaja, dua personaliti itu berkongsi pengalaman peribadi mereka, yang mewakili cara generasi baharu menangani cabaran harian, seperti menghadapi halangan mental, tekanan kerja, dan hal-hal berkaitan dengan kewangan, serta tuntutan sosial yang serba dinamik.
Kempen ‘Heat Happens, Think Zesty’ membuka satu lembaran baharu dalam pengalaman pemasaran untuk peminat serta pengguna Sprite. Berteraskan aspek penglibatan dan percubaan, usaha pemasaran ini merangkumi saluran media sosial, filem dalam talian, kiosk pengalaman interaktif dan ‘cuba rasa’, serta pemasaran ‘luar rumah’ yang ditempatkan secara strategik di lokasi-lokasi utama di bandar.
Bermula dari 1 September 2023, Sprite Lemon+ Zero Sugar akan tersedia untuk dinikmati oleh semua rakyat Malaysia. Pengguna boleh membuat pembelian di pasar raya, kedai serbaneka dan kedai khusus di seluruh Malaysia. Pembeli dalam talian juga boleh mendapatkan Sprite Lemon+ Zero Sugar melalui platform e-dagang yang popular seperti Lazada dan Shopee.