FUZE TEA™ Terkenal Antarabangsa Dilancarkan Secara Rasmi di Malaysia
KUALA LUMPUR, 11 Julai 2023 – FUZE TEA™, perintis jenama minuman global yang terkenal dengan minuman berasaskan teh yang inovatif dan lazat telah memasuki pasaran minuman Malaysia yang sedang berkembang pesat. Jenama ini menawarkan pelbagai varian unggul FUZE TEA™ yang dicipta untuk memenuhi pelbagai selera, dan ia bersedia untuk merevolusikan cara pengambilan teh di Malaysia.
Didorong oleh dedikasi terhadap standard kualiti tinggi, FUZE TEA™ telah mencipta pelbagai adunan teh tersendiri yang menawarkan keseimbangan rasa dan aroma yang sempurna untuk memberikan pengalaman minum teh yang unggul.
FUZE TEA™ menawarkan varian sedia untuk diminum seperti “Teh Hijau Jasmine dan Teh Lemon” , yang menonjolkan keupayaan jenama dalam mencipta profil rasa yang luar biasa. Keistimewaan minuman FUZE TEA™ ini terletak pada gabungan inovatif bahan-bahan semula jadi yang dihasilkan melalui proses bancuhan sebenar dan tanpa penambahan bahan pengawet. Produk tersebut mempunyai rasa yang unik dan tersendiri, membezakannya daripada minuman teh tradisional lain, dan sesuai untuk memenuhi citarasa penggemar teh, baik yang berpengalaman mahupun baru.
“Kami teruja untuk memperkenalkan Teh Hijau Jasmine dan Teh Lemon istimewa kami kepada pengguna di Malaysia,” kata Phoebe Tan, Category Marketing Director for Tea, Coca‑Cola ASEAN & South Pacific Operating Unit. “Misi kami adalah merevolusikan cara pengguna menikmati teh dan meningkatkan pengalaman minum harian mereka dengan perisa khas kami. Kami yakin rasa unik Teh Lemon dan perisa minuman teh lain akan menarik minat pengguna di seluruh Malaysia dan menjadi pilihan utama bagi penggemar teh sedia untuk diminum.”
Sempena pelancarannya di Malaysia, FUZE TEA™ ingin menjemput rakyat Malaysia untuk mencuba formulasi Teh Hijau Jasmine dan Teh Lemon baharu ini dengan mengambil bahagian dalam percubaan pensampelan percuma di pasar raya, kedai serbaneka, dan kedai runcit terpilih pada Julai 2023. Selain itu, setiap rakyat Malaysia juga dijemput untuk merasai serta menikmati produk FUZE TEA™ dengan mengambil bahagian dalam zon pengaktifan pengguna interaktif, yang akan dilancarkan di pusat beli-belah MyTOWN di Malaysia mulai 26 Julai hingga 6 Ogos 2023.
Rangkaian produk FUZE TEA™: Teh Hijau Jasmine, Teh Lemon, Markisa dan Mangga, boleh dibeli di pasar raya, kedai serbaneka dan kedai khusus di seluruh Malaysia. Pembeli dalam talian juga boleh mendapatkan FUZE TEA™ di platform e-dagang popular seperti Lazada dan Shopee. Untuk fleksibiliti tambahan, jenama itu menawarkan teh dalam botol dan tin yang sedia untuk diminum.
Jenama teh sedia untuk diminum tempatan “Heaven and Earth” oleh Coca‑Cola yang digemari oleh ramai rakyat Malaysia, memulakan peralihannya untuk menggunakan nama jenama global pada Mei 2023. Ia kini dikenali sebagai FUZE TEA™ oleh Heaven and Earth. Peralihan ini dijangka selesai pada penghujung Ogos tahun ini.
Untuk maklumat lanjut, layari www.coca-cola.com.