pusat berita dan media coca cola malaysia

Coca‑Cola Malaysia Melancarkan Mesej “Recycle Me” pada Label Pakej di seluruh Portfolio untuk Mendorong Pengguna Mengitar Semula

14/11/2021

Kuala Lumpur, 15 September 2021 - Coca‑Cola Malaysia melancarkan pesanan ‘Recycle Me’ pada label pakej di semua jenama dan produknya di Malaysia yang direka untuk mengingatkan pengguna-pengguna untuk membantu mengitar semula botol setelah mereka menikmati minuman tersebut.

"Seperti kebanyakan orang, kami tidak mahu botol kami menjadi bahan sisa. Kami komited untuk melakukan lebih banyak dan menjadi sebahagian daripada penyelesaian,” kata Adlina Azharuddin, Pengurus Hal Ehwal Awam and Komunikasi Operasi Francais Malaysia. "Semua botol dan tin kami boleh dikitar semula. Selain mengemudikan infrastruktur pengumpulan dan kitar semula, kami ingin menggunakan kekuatan jenama kami untuk mendorong lebih ramai orang untuk membantu pakej kami menjadi bahan baharu. Ini bermakna setelah anda menikmati minuman kami, tolong kumpulkan dan kitar semula botolnya."

2 botol sprite dan 2 coca cola tin dengan label pakej recycle me

Penekanan ke atas kepentingan pengumpulan dan kitar semula pembungkusan kepada pengguna- pengguna adalah sebahagian daripada visi Coca‑Cola untuk mewujudkan World Without Waste untuk mencapai sasaran dunia tanpa sisa menjelang tahun 2030. Pada tahun 2018, syarikat Coca‑Cola telah mengumumkan perjanjian kukuh World Without Waste untuk mengumpul dan mengitar semula setiap botol atau tin yang dijual di seluruh dunia menjelang 2030, menjadikan 100% pembungkusan produk dapat dikitar semula menjelang 2025 dan menggunakan sekurang-kurangnya 50% bahan kitar semula dalam pembungkusan produknya pada tahun 2030.

Inisiatif ‘Recycle Me’ adalah inisiatif terbaharu dari Coca‑Cola yang merupakan sebahagian daripada pendekatan holistik di Malaysia untuk menangani sisa pembungkusan. Selama bertahun-tahun, Coca- Cola Malaysia telah melancarkan beberapa inisiatif untuk menangani sisa plastik:

  • Syarikat Coca‑Cola telah menukar pembungkusan botol Sprite hijau ikoniknya ke warna plastik jernih di seluruh Malaysia untuk lebih mudah dikitar semula.
  • Coca‑Cola juga bekerjasama dengan syarikat terkemuka lain di Malaysia di bawah Malaysian Recycling Alliance (MAREA) dengan tujuan mempercepatkan pengumpulan dan kitar semula pembungkusan secara lestari.

“Walaupun syarikat kami terus meningkatkan sokongan pengumpulan pembungkusan, infrastruktur kitar semula serta kerjasama untuk memerangi sisa marin di Malaysia dan di seluruh ASEAN, kami juga memahami bahawa salah satu cara paling berkesan yang dapat dipengaruh oleh jenama kami adalah dengan menggunakan label kami dengan mesej ringkas 'Recycle Me', "kata Adlina.

Mesej ‘Recycle Me’ kini dilancarkan pada semua jenama dan pek syarikat Coca‑Cola di ASEAN dan peralihan ini dijangka selesai di sebilangan besar pembungkusan produk pada akhir tahun ini.

Coca‑Cola melalui program World Without Waste telah mendorong kesedaran kepada pengguna- pengguna tentang kitar semula dan telah memberi inspirasi perubahan tingkah laku ke arah usaha pengumpulan dan kitar semula pembungkusan secara berterusan.

Ketahui lebih lanjut mengenai peta jalan dan kemajuan World Without Waste Coca‑Cola di sini. #

Catatan kepada Editor

  • Pada tahun 2018, syarikat Coca‑Cola telah mengumumkan perjanjian kukuh World Without Waste untuk mengumpul dan mengitar semula setiap botol atau tin yang dijual di seluruh dunia menjelang 2030, menjadikan 100% pembungkusan produk dapat dikitar semula menjelang 2025 dan menggunakan sekurang-kurangnya 50% bahan kitar semula dalam pembungkusan produknya pada tahun 2030.
  • Syarikat Coca‑Cola juga telah menetapkan matlamat baru untuk mengurangkan penggunaan plastik baru yang berasal dari sumber yang tidak boleh diperbaharui dengan jumlah kumulatif 3 juta metrik ton, dalam tempoh lima tahun akan datang. Ini bermaksud bahawa pada tahun 2025, kami hanya akan menggunakan lebih kurang 20% plastik baru daripada yang digunakan sekarang.
  • Kami berkolaborasi dengan rakan kongsi tempatan untuk membuat penyelesaian kitaran (circular solutions) untuk pengumpulan pembungkusan di Malaysia dan memastikan program yang relevan dengan lestari. Antara contoh-contoh terkini termasuk:
    • Reka bentuk:
      • Menggunakan lebih banyak kandungan kitar semula: kami telah menukar pakej hijau ikonik Sprite ke PET jernih di Malaysia dan juga pasaran lain di ASEAN termasuk Singapura, Vietnam, Thailand, Indonesia dan Filipina, agar pembungkan pakej lebih mudah dikitar semula.
    • Pengumpulan:
      • Menyokong penyelesaian pengumpulan pembungkusan dan kitar semula yang sesuai untuk membantu mengubah pembungkusan lama menjadi yang baru, mengurangkan jejak karbon kami dan mengelakkan plastik dari mencemari persekitaran. Ini termasuk bekerja bersama industri dan kerajaan untuk menyokong pengembangan Organisasi Pemulihan Pembungkusan (PRO) di ASEAN
  • Di Malaysia, kami adalah salah sebuah syarikat anggota PRO, Malaysian Recycling Alliance (MAREA). MAREA adalah platform Tangunggjawab Pengeluar Lanjutan (EPR) yang pertama di Malaysia, pimpinan industri secara sukarela. Diperbadankan pada 4 Januari 2021, MAREA terdiri daripada 10 syarikat FMCG terkemuka di negara ini, yang bertujuan untuk membawa perubahan positif dengan membina kesedaran mengenai pendekatan kitaran ekonomi untuk pengurusan sisa pembungkusan pengguna yang lebih cekap. MAREA bekerjasama dengan kerajaan Malaysia dan pihak-pihak yang lain untuk bersama-sama mencetuskan kesan positif di seluruh rantaian nilai, meningkatkan kadar kutipan dan kitar semula untuk Malaysia yang lebih bersih, hijau, lestari dan masa depan yang kurang sisa sampah. Maklumat lanjut mengenai MAREA; https://www.marea.com.my/
  • Rakan kongsi:
    • Membantu mengubah gelombang plastik marin: kami bekerjasama dengan The Ocean Cleanup sebagai rakan pelaksana global pertama untuk projek sungai mereka, berusaha untuk mengatasi gelombang pencemaran plastik yang memasuki lautan dunia dengan memintas serpihan plastik dari sungai. Kerjasama itu akan dilaksanakan di 15 sungai di seluruh dunia pada akhir 2022.
    • Kami adalah pelabur pendiri (founding investor) di Circulate Capital, dana pelaburan yang berpusat di Singapura yang memfokuskan diri pada usaha, infrastruktur dan inovasi yang menghalang aliran plastik ke lautan dan memajukan kitaran ekonomi di Asia Tenggara dan India.
    • Sebagai sebahagian daripada komitmen global Ekonomi Plastik Baru Yayasan Ellen MacArthur / PBB yang kami sertai pada tahun 2018, kami terus mendedahkan penggunaan plastik kami setiap tahun. Sekitar 500 perniagaan, kerajaan dan organisasi menyokong visi ini serta sasaran 2025 untuk pengeluaran, penggunaan dan penggunaan semula plastik.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Coca‑Cola Malaysia

Adlina Azharuddin
Manager, Public Affairs and Communications Franchise Operations
Email : aazharuddin@coca-cola.com
Mobile : +6019-6736015

Mengenai Coca‑Cola di Malaysia

Cola-Cola – jenama yang tidak asing kepada dunia – mempunyai kepelbagaian portfolio di dalam pasaran Malaysia melalui pengeluaran, pemasaran dan pengedaran lebih daripada 80 produk termasuk: minuman bersoda (Fanta A&W, Schweppes); minuman rendah gula dan tanpa kalori (Coca -Cola Light, Coca‑Cola Zero Sugar); minuman jus (Minute Maid Pulpy, Minute Maid Refresh, Minute Maid Qoo); teh (Heaven and Earth, Authentic Tea House); dan air minuman (Glaceau Vitaminwater, Dasani).

Cola-Cola telah bertapak seawal pra penubuhan Malaysia sejak tahun 1936 dengan lebih 200,000 pelanggan merentasi Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Melalui pelbagai program dan kerjasama, Cola-Cola Malaysia komited untuk membawa perubahan dan impak jangka masa panjang kepada komuniti setempat.

Daripada program kitar semula – melalui kerjasama erat dengan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), Global Environment Centre, Reef Check, MareCet, Pengurusan Persatuan Sisa Malaysia (WMAM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) – ke projek bekalan air bersih bersama-sama Muslim Aid Malaysia dan Raleign International untuk lebih 23,000 penduduk luar bandar di Sabah, sehinggalah kepada Program Keusahawanan Cola-Cola (Cola-Cola KU) untuk memperkasa ekonomi kaum wanita dan belia ke arah pembangunan komuniti yang lestari di Malaysia.

Maklumat lanjut, sila layari https://www.coca-cola.com/my/ms dan akaun Instagram, Facebook serta LinkedIn.