Coca‑Cola Malaysia Jalin Kerjasama dengan AEON Malaysia, Hiroyuki Industries dan Trash4Cash untuk Pelancaran Kempen ‘Recycle Me!’
KUALA LUMPUR, 6 DISEMBER 2023 – Berbekalkan momentum positif kempen Recycling Fantastic tahun lepas, Coca‑Cola Malaysia sekali lagi menjalinkan kerjasama dengan AEON Malaysia dan Hiroyuki Industries, serta rakan kongsi Baharu – Trash4Cash, untuk melancarkan kempen “Recycle Me!”. Inisiatif itu bertujuan menggalakkan serta memberi ganjaran kepada rakyat Malaysia untuk mengitar semula botol plastik di lima negeri di Malaysia.
Kempen ‘Recycle Me!’ merupakan komponen penting dalam komitmen berterusan Coca‑Cola Malaysia untuk membudayakan ekonomi kitaran pembungkusan demi memberi ‘hayat kedua’ kepada botolnya, sekali gus mengurangkan sisa plastik. Pada tahun 2018, Coca‑Cola Company telah melancarkan World Without Waste Vision globalnya, yang merangkumi matlamat bercita-cita tinggi untuk mengumpul dan mengitar semula kuantiti pembungkusan yang setara dengan setiap botol dan tin yang dijualnya menjelang tahun 2030.
Kempen itu yang bakal berlangsung dari 14 Disember 2023 hingga 29 Februari 2024, menggalakkan orang ramai untuk mengumpul botol PET sebagai pertukaran untuk ganjaran tunai berdasarkan kuantiti sumbangan mereka. Bagi setiap 10 botol PET yang disumbangkan, peserta akan layak memperoleh insentif beli balik Trash4Cash sebanyak RM0.10 berserta barangan Coca‑Cola yang eksklusif.
Ciri tambahan yang unik dalam kempen tahun ini adalah penyediaan Smart Recycle Bins menerusi kerjasama dengan Trash4Cash. Pendekatan inovatif ini membolehkan pengguna menyumbangkan botol PET dengan mudah pada bila-bila masa sepanjang tempoh kempen, tanpa memerlukan kakitangan di lokasi pengumpulan.
Triyono Prijosoesilo, Pengarah Operasi Francais PACS West, Coca‑Cola Malaysia berkongsi, “Kami sedang dalam misi untuk mengumpul lebih banyak botol kosong supaya kami boleh menghasilkan botol yang baharu. Kempen ‘Recycle Me!’ meneruskan momentum pencapaian tahun lepas, dan kami sangat teruja untuk memperkenalkan rakan kongsi baharu dan memperluaskan jangkauan kami bagi membabitkan lebih banyak komuniti. Kerjasama kami dengan AEON Malaysia, Hiroyuki Industries, serta rakan kongsi baharu kami, Trash4Cash akan mewujudkan lebih peluang untuk mendidik orang ramai tentang ‘sorting at the source’ atau pengasingan sisa di sumbernya, dan menyediakan akses langsung kepada mereka untuk memulangkan botol kami.”
“Kami di AEON Malaysia sedar bahawa peranan kami melangkaui landskap peruncitan tradisional, dan mencecah ke tengah-tengah komuniti di mana kami berkhidmat. Bersama-sama, kami berharap dapat memacu kesedaran dan tindakan dalam kalangan masyarakat umum tentang kepentingan pengasingan dan kitar semula plastik, sekali gus menonjolkan kekuatan yang terhasil daripada kerjasama dan tindakan kolektif,” ulas Dr. Kasuma Satria bin Mat Jadi, Ketua Pegawai Sumber Manusia & Kemampanan, AEON Malaysia.
Menerusi Kempen ‘Recycle Me!’, kami berhasrat untuk mendidik orang ramai bahawa plastik bukanlah sisa. Sebaliknya, ia mempunyai nilai yang tinggi apabila dikumpul dan diproses dengan betul,” kata Lionel Choong, Pengarah Eksekutif, Hiroyuki Industries.
Tahun ini, Coca‑Cola serta rakan-rakan kongsinya akan mengembangkan usaha mereka ke 15 AEON Mall di lima negeri, iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Bagi mempermudah proses sumbangan bahan kitar semula, pengguna kini boleh mengimbas kod QR pada Smart Recycle Bin untuk memberikan butiran mereka. Kemudian, pihak penganjur akan menghubungi mereka untuk melaksanakan proses ganjaran, bagi menjamin pengalaman yang lancar dan cekap buat semua peserta.
“Kami percaya pengasingan sisa di sumber ialah penyelesaian terbaik untuk masalah sisa. Orang ramai harus memahami bahawa sesetengah pembungkusan pasca pengguna mempunyai nilai kegunaan. Jadi, pentingnya kita mengintegrasikannya semula ia ke dalam rantaian nilai kitar semula. Visi Trash4Cash adalah untuk membantu komuniti menyumbangkan pembungkusan pasca pengguna mereka sebagai langkah ke arah penjagaan alam sekitar yang lebih baik,” kata Shafreez Redza bin Mhd Saiful Anuar, Ketua Pegawai Eksekutif, Trash4Cash.
Senarai AEON Mall yang mengambil bahagian dalam kempen ‘Recycle Me!’ ialah:
Untuk maklumat lanjut tentang inisiatif kemampanan kami, sila layari Laman Web Rasmi Coca‑Cola Malaysia, atau Facebook dan Instagram kami.