Coca‑Cola® dan Riot Games Lancar Perisa Edisi Terhad Coca‑Cola® Ultimate Zero Sugar,  Jemput Pemain untuk Menikmati Rasa Poin Pengalaman (+XP) yang Mengujakan

Kerjasama Pertama dengan Syarikat Permainan untuk melancarkan perisa Coca‑Cola® di Malaysia, seiring dengan pelancaran Misi dan Emote permainan League of Legends

MALAYSIA, 3 JULAI 2023 – Coca‑Cola® telah bergandingan dengan Riot Games, iaitu penerbit dan pembangun League of Legends, untuk melancarkan perisa edisi terhad baharu daripada Coca‑Cola Creations. Coca‑Cola Ultimate Zero Sugar menawarkan Rasa Poin Pengalaman (+XP) kepada para peminat dan pemain bagi meraikan setiap langkah perjalanan mereka – tidak kira perjuangan pertama di Summoner’s Rift ataupun di peringkat akhir Worlds untuk mengejar Summoner's Cup.

Coca‑Cola Ultimate Zero Sugar melambangkan kerjasama sulung antara Coca‑Cola® dengan syarikat permainan itu dalam mencipta perisa baharu untuk menyemarakkan pengalaman para pemain. Kolaborasi berkenaan pasti akan membawa keterujaan kepada para pemain di seluruh dunia, seiring dengan keluaran produk, pengalaman bermainan, serta pengalaman digital yang ditawarkan.

“Kami sangat teruja untuk menjemput para pemain merasai perisa +XP baharu, yang merupakan hasil kolaborasi bersama Coca‑Cola, satu jenama yang diiktiraf di peringkat global dan dicintai jutaan peminat,” kata David Mulhall, Head of Business Development and Partnerships, Riot Games. “Coca‑Cola berkongsi banyak nilai yang berpaksikan kepada pemain yang kami miliki di Riot, dan kami berasa berbesar hati dengan jalinan kerjasama pertama dalam permainan video untuk Coca‑Cola Creations.”

Pemain League of Legends boleh mendapatkan emote Ultimate edisi terhad dengan menyelesaikan satu siri misi yang diaktifkan mengikut urutan:

  • Dapatkan tujuh ‘assits’ dalam satu permainan untuk mendapatkan emote Ultimate Teamplay.
  • Dapatkan 12,000 emas dalam satu permainan untuk mendapatkan emote Ultimate Gains.
  • Menangi satu permainan dalam masa kurang dari 20 minit untuk emote Ultimate Tempo.

Emote Ultimate akan tersedia sehingga 18 Julai, jam 11:59 malam (Waktu Standard Pasifik).

Tambahan pula, dengan mengimbas kod QR pada tin Coca‑Cola® Ultimate Zero Sugar, pemain akan dibawa ke Coca‑Cola Creations Hub, iaitu hub pengalaman digital Coca‑Cola Creations yang unik. Antara tawaran menarik yang tersedia di Coca‑Cola Creations Hub ialah Ultimate Emote Generator, penapis Instagram yang membolehkan pemain menggayakan diri dengan emote League of Legends untuk dikongsikan di media sosial.

“Kolaborasi dengan Riot Games membolehkan kami menyemarakkan pengalaman Coca‑Cola Creations, dengan memperkenalkan perisa baharu yang menonjolkan komitmen bersama kami untuk mengutamakan peminat dan pemain dalam segala yang kami lakukan,” kata Rina Surya, Frontline Marketing Director at Coca‑Cola ASEAN & South Pacific – Singapore & Malaysia.  “Coca‑Cola® Ultimate merupakan inovasi yang ke-7 kepada portfolio Coca‑Cola Creations kami. Ia menampilkan reka bentuk menakjubkan dan menawarkan rasa +XP yang unik untuk menyegarkan para pemain, di samping melonjakkan pengalaman permainan mereka ke aras baharu.”

Coca‑Cola Ultimate Zero Sugar telah menyatukan dua jenama ikonik dengan reka bentuk pembungkusan yang menampilkan warna hitam dan pelbagai rona emas. Logo Coca‑Cola Creations pula dihiasi dengan lambang Ultimate, disemarakkan lagi dengan cahaya Hextech biru yang ajaib. Selain itu, reka bentuk ini mempamerkan huruf Spencerian Script Coca‑Cola® yang unik, diilhamkan daripada Nexus Crystals dalam League of Legends.

Sepanjang tahun 2023, Coca‑Cola akan memperkenalkan tambahan edisi terhad Coca‑Cola® Creations yang menampilkan inovasi serta kolaborasi unik. Untuk maklumat lanjut tentang Coca‑Cola® Creations, layari www.coca-cola.com/creations.