Apakah yang dilakukan Coca‑Cola untuk menangani sisa pembungkusan serta masalah persekitaran yang lain?
Masalah pembungkusan adalah masalah yang berlaku di seluruh dunia - dan Syarikat Coca‑Cola, seperti semua syarikat, mempunyai tanggungjawab untuk membantu menyelesaikannya. Melalui visi global World Without Waste yang baru, kami amat mementingkan planet dan pembungkusan untuk membantu menjadikan masalah ini sebagai masalah yang lepas. Menjelang tahun 2030, tujuan kami adalah membantu mengumpul dan mengitar semula botol atau tin yang kami jual di seluruh dunia. Oleh kerana kami tidak dapat melakukan ini sendiri, kami bekerjasama dengan komuniti setempat, industri serta pengguna untuk membantu memastikan sisa pembungkusan tidak berakhir di tempat yang bukan asalnya.
Di Malaysia, 100% pembungkusan kami boleh dikitar semula. Kami juga telah bekerjasama dengan rakan-rakan kami seperti Reef Check Malaysia dan Persatuan Pencinta Alam Malaysia dalam pelbagai inisiatif untuk meningkatkan kesedaran mengenai pentingnya kitar semula dan melakukan pembersihan pantai secara berkala untuk mengurangkan sampah di laut laut dan di sekitar kawasan pesisiran pantai di Malaysia.
Untuk mengetahui lebih lanjut, sila lawati halaman Perniagaan Lestari.